Assalamualaikum....
Setelah setahun berlalu, ni update pertama bgi taun ni..haha..sunyi sepi je blog ni. tiada sedikit pon coretan dari tuannya yg teramat malas sbb terlalu banyak yang nak ditulis bile tiba time nak menulis. Sudahnya takde pape pon yang ditulis. heee.. ~__^
mood: tengah menonton oscar yang lucu, membelek-belek fb yg takde ape sangat pon dan mengembalikan mood yang hilang.. sambil-sambil tu perah otak nak tulis apa untuk entry kali nie..
this has been written before...(written on 21 MEI 2013 6.50pm)
HILANGNYA DARIPADA PANDANGAN..
Suasana yang agak mendamaikan…. (hujan renyai-renyai
bersulamkan dentuman guruh yang agak kuat). Tangan terasa kosong dan kaki terus
menerpa ke arah laptop yang sekian lama tidak dibelai manja. Maka dari situ
bermulalah pergerakan jari-jemari yang sudah lama jauh daripada sebarang
dakwat.
Apa lagi tengok gambar2 lama..teringat kat kawan2. ^____^
really miss all of them..harap-harap semuanya sihat belake.
(terfikir sejenak)…Apa la yang diaorang semua buat sekarang.
Semua dah melangkah ke alam baru dan masing-masing dah punya kerjaya sendiri.
Tapi diriku masih di sini aka RUMAH.. tak ada apa yang nak dikongsi.
Aih melalut kok len plak (monolog dalaman)..
Balik kepada asal..tengah-tengah syok tengok gambar, rasa
macam kekurangan something.. 1 of the memorable folder is missing. Habis hilang
semua pictures kenangan masa belajar dulu. Sedih la jgk. Tapi nak wt cmne benda
dah jadi dan dah tiada pon dalam laptop ni.
*____* senyum walaupun hati sedih.
BIAR HILANG DI MATA,
JANGAN HILANG DI HATI.
Benda yang ada mungkin akan hilang dan pergi dari kehidupan,
tetapi kenangan dan ingatan tetap terpahat lagi. Sebagai tanda ‘menyedapkan’
hati yang sedih. Hati je yang sedih muka mcm ni --- > ~_____^ apa2 pun, all those things boleh dicari
semula. SENYUM SELALU.
GAMBAR vs DOA’
Antara dua medan ini yang mana lebih penting?? Mestila DOA’ kerana doa’ menghubungkan kita
terus dengan Allah swt. Bila renung-renungkan balik lebih baik berdoa’ untuk
kawan-kawan semua. Semoga semuanya dipermurahkan rezeki dan menjadi mukmin yang
beriman. Walaupun jauh daripada pandangan mata tetap terlekat dalam minda.
Gelagat dan telatah semua masih terbayang-bayang. Keriangan, kegembiraan,
kesedihan, kepiluan, kerinduan dan segala ‘ke-ke’ lagi sentiasa ada dalam
coretan minda kn? @___@ (mate jadi
besor) walaupon mataku sepet..(haha (gelak sopan))..
p/s : doa’ buat kawan-kawan semua tetap bersama. Jom kita
sama-sama bedoa’ untuk kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Terima kasih
kepada yang sudi menjadi kawanku dari kecil hinggalah kini dan untuk
kemudiannya. Semoga kita sentiasa berada dalam redhaNya. Amen…
Bersama-sama kita amalkan hadis di bawah ;
Sekian, wassalam..
Alhamdulillah..^____^