10 Julai 2013
Alhamdulillah hari ni dah masuk 1 Ramadan.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN..
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN..
Bulan yang penuh dengan keberkatan dan kenikmatan jika kita memanfaatkannya dengan sebaiknya. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keredhaan daripadaNya agar Ramadan kali ini lebih bererti buat diri kita supaya menjadi seorang muslim atau muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat. Bulan puasa ni bulan yang lain daripada yang lain sebab ada waktu berbuka, sahur n terawih. Azam untuk bulan ni walaupun bekerja harap dapatlah sembahyang terawih hari-hari. Semoga diberi kekuatan dan semangat yang kuat..aminn... hari ni cuti dari kerja..so buka puase hari pertama kat umah..hoorayy!!..sekian dulu cerita bab bulan puasa..
-----------------*******-------------------
2 Julai 2013Tarikh permulaan kerja part-time buat tahun ni.hehe...keje part-time jela yang mampu sekarang ni..rezeki belum ada untuk kerja tetap. Tapi takpe rezeki kat mane-mane je..kene usaha la sket maklumlah sekarang susah nak dapat kerja yang sesuai dengan bidang. kerja part-time pon boleh la setakat nak ada pocket money untuk bulan-bulan.Alhamdulillah...
sekarang da jadi jurujual and pada masa yang sama bekerja sebagai juruwang atau dalam english kita panggil cashier..hehe..semalam hari pertama jadi cashier..huhu...agak penat sebab ramai orang siap que panjang tapi tak brpa nak pnjg..haha.oh ya tempat keje sekarang ni kat pasaraya sakan kg. balok. dekat je ngn umah kakak. so, sekarang ni duk umah kakak jela..jimat duit tu yang penting..makan pon free je..hihi. pi kerja hari-hari bawa bekal sebab nak save money punya pasal..lauk apa-apa pon tak kisah asalkan kenyang perut. setakat ni kerja kat situ macam-macam prangai orang boleh tahu and obviously bleh interpret n analysis ragam setiap orang.haha..
kerja sebagai salesgirl takde la mencabar sangat pon. Paling penat bila customer lembang-lembang pakaian yang dah lipat.tapi nak wat cmne nak cari pakaian yang sesuai untuk anak diaorang..so the most important thing is to be PATIENT. besar ganjaran orang yang bersabar ni kan?? kerja sebagai cashier plak takde la susah tapi mencabar sket sbb kne guna sistem lam komputer. nak kne scan brg la, xd kod brg kne p cri kod dlu..mcm2.(geleng-geleng kpla)..lgi pening ble clap tekan kat komputer tu..mula la glabah tanya orang. law tanya manager nantikan xpasal-pasal kene marah..tapi takpe muka boleh di"blur"kan..haha
huhu...esok da stat kerje balik..Alhamdulillah hilang jgk lengoh2 badan ni.pape pon tomorrow is work day.sbnrnye mlas tp kene rajinkan diri..hehe.. thats all for this story..
--------------------*******----------------
24 jun 2013
on that day i've attended an interview session. ni cite akhir bulan lepas punya.masa tu pegi interview pembantu penguasa kastam kat pejabat SPA kt kuantan.tmdga tu pkul 9 pagi. hari tu jerebu kuat kat sna sampai sekolah pon tutup. sesampai je kat pjbt tu, the first thing that must be done is registered myself la. mase tu ada 2 tmdga yang sedang dijalankan (pembantu penguasa kastam n pegawai imigresen). dah siap register kne susun sijil n tggu giliran untuk di interview.
semasa menunggu...
duduk sebelah calon pegawai imigresen di ruang menunggu..sempat la sembang-sembang kjap.pastu tengok la checklist untuk ujian fizikal..mak oii!!! byk sgt nak kene cek..terkejut jugak sampai gigi pon cek jgk..terkejut pon bukan apa sbb untuk jwtn pegawai imigresen tu pon dapat jugak sebenarnye. ble dah taw yang checklist tu banyak dan agak tidak sopan, so amik keputusan xpegi untuk intrvw peg. imigresen. tambahan plak mata memang da x lepas sbb rabun.hee.. ting tong!! (tercatat nombor 2205) ..then terus masuk bilik temudga..
dalam bilik temuduga....
soalan-soalan yang diajukan oleh panel..
1. sila perkenalkan diri anda. ceritakan kepada kami serba sedikit latar belakang anda, kluarga dan apa-apa yang patut.
2. betul ke nak kerja ni?
3. apa kelebihan yang anda miliki untuk menyokong diri anda sebagai calon yang layak untuk jawatan ni?
4. jika anda menjadi perdana menteri, apa yang akan anda lakukan untuk meningkatkan industri pertanian? apakah langkah yang perlu dilakukan untuk menambah baik mutu hasil pertanian? macam mana nak mempromosikan hasil pertanian di Malaysia? kenapa pertanian di Thailand lebih maju berbanding Malaysia? (semua soalan-soalan ni kbkk kot sbb bidang agrobiologi kait ngan pertanian..so apa lagi hentam cam jawab exam...ciap ngan BOOM!!!!! hahaha...)
5. katakanlah dah dapat keje ni, pastu dapat plak tawaran tuk keje sebagai peg. pertanian. mana satu nak pilih? (haa...yang ni jawapan yang kluar dr mulut = istikarah dlu, InsyaAllah dpat petunjuk..HE knows what is good for us, right? )
panel-panel tu gelak je bile dengar jawapan..redha sgt kot..hehe..papepon this is one of the experience that will never fade in my mind..haha...lawak la..then ciap ditemuduga..kjap je intrvw tu lam 30minit je..kul10 dah balik..yuhuu...Alhamdulillah done for that day..
SEKIAN SAHAJA ENTRI UNTUK MINGGU INI..INSYAALLAH BILA BERKELAPANGAN JARI-JEMARI NI AKAN MENGGODEK-GODEK AYAT MANIS LAGI..
p/s : mohon kemaafan di atas segala kesilapan..semoga diri menjadi insan yang lebih baik untuk hari seterusnya.. ISLAM IS THE WAY OF LIFE..lets us practise it in our daily life..
wassalam...coretan tanpa sekatan..haha