Saturday, December 17, 2011

ALHAMDULILLAH...penyesalan kian penyesalan...

Alhamdulillah segala puji bagiNya....ciap jugak report yang berlambak2 tue...
yea.!!!!!men game pon dah puas.arini nk berceloteh sket...hehe....

Sepanjang sem ni byk btol report nk kne wt....Alhamdulillah.semuanya dah siap...=)...Alhamdulillah...Dia masih menjadikan aku sebagai seorang yang waras dan berakal...dan Alhamdulillah jugak bg pluang dan ketenangan kt aku dlm menyiapkan tugas2...Alhamdulillah nikmat yg dikurniakan tidak mungkin aku capai kalau Dia tidak izinkan..


"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi."
(Surah Yaasin : 82)

 Maha Suci Allah, pencipta langit dan bumi...dengan kekuasaanNya segala yang ada diberikan Rahman (pemurah) dan Rahim (penyayang). Kadang-kadang bila keseorangan, hati dan akal mula memikirkan nasib diri di kemudian hari..adakah aku akan menjadi insan yang dikehendakiNya yang menurut segala perintah dan meninggalkan laranganNya? adakah aku mampu membimbing diriku ke jalan Ilahi? adakah aku akan menjadi salah seorang daripada penghuni syurga yang kekal abadi? ....banyak persoalan yang menjelma dalam diri tatkala aku menyesali perbuatan yang selama ini telah aku lakukan...

"Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya"
(Surah al-Mudatssir : 38) 

Seperti dalam firmanNya di atas, setiap perbuatan yang kita lakukan akan dihisab kelak dan sebagai seorang mukallaf, kita telah dipertanggungjawabkan untuk memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan olehNya kepada kita. So, tiap2 orang akan memperoleh sama ada pahala atau dosa atas apa yang telah dikerjakan di muka bumi ini. Umm.....terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan dan apabila hadirnya hidayat dan petunjuk daripadaNya membuatkan aku berfikir sejenak dan bermuhasabah diri akan amalanku yang lalu. 

Terlalu sedikit amal kebaikanku buatMu ya Allah...
Ya Allah pimpinlah aku ke jalan kebenaran, 
jalan AgamaMu iaitu Islam...
ku mohon padaMu ....
Berikanlah segenap ruang kepadaku untuk bertaubat kepadaMu..
agar aku menjadi insan pilihanMu..
insan yang beriman dan bertaqwa...
hanya kepadaMu..

aku mengakui aku insan yang lemah, yang tak berdaya tanpa kekuatan yang diberikan olehNya..aku sedar akan kesilapanku apabila aku dahulunya hanyut dengan godaan syaitan durjana, hanyut dengan angan-angan palsu, hanyut dengan kehidupan dunia..segala pujianku bagiMu, syukur Alhamdulillah, Engkau telah menyedarkan aku daripada kelalaian dan kealpaanku...kini aku ingin berubah ke arah keredhaanMu...semoga Engkau terus memberikanku hidayat dan petunjukMu kepadaku agar aku tidak lupa kepadaMu dan kehadiranMu walau aku tidak melihatMu...cukuplah aku mengetahui dan merasai bahawa Engkau di sisi ku..dan sesungguhnya aku tidak pernah keseorangan....

memang tak dinafikan kini, kemungkaran makin berleluasa dan semakin hari semakin parah...perkara yang wajib yang menjadi tuntutan sebagai seorang Islam dipermudahkan dan diremahkan begitu sahaja. Terpikir akn nasib generasi kelak...bagaimanakah kehidupan mereka nanti? adakah masih ada ruang dan sudut penyesalan kepada insan yang melakukan kemungkaran?...sama-sama menyesali kesilapan yang tak kunjung hadir tanpa disedari...

tetapi aku kagum dengan keberanian seseorang dalam menegakkan keadilan dalam mencapai matlamat sebenar dalam kehidupan seorang mukmin. Betapa kuatnya diri mereka dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan hidup..memang aku akui semuanya adalah dengan kehendakNya..Kita perlu yakin dan tetap berusaha ke arah kebaikan dan sentiasa mengingatiNya agar diri tidak terjerumus buat kali kedua..Terdetik dalam hatiku untuk menjadi seperti mereka..berubah dan istiqamah dalam menjadikan diri seorang muslimah yang diredhai dan diberkati..moga dengan kuasaNya, Dia memberikan aku kekuatan...

now,...it's time for me....Alhamdulillah....

ALHAMDULILLAH.....

Alhamdulillah....

dengan izinNya aku berada di dunia ini,

untuk menjadi salah seorang khalifah,

yang bergantung harap kepadaNya,

yang sentiasa berada dalam pangawasanNYa,


segala puji bagiNya,

hari demi hari, 

penyesalan kian penyesalan,

bermain di minda,

mungkin ini hidayat yang Kau beri,

supaya aku menyesali dan menyedari,

kesilapan diri yang harus diakhiri,

dengan menghadapkan diri kepada Ilahi..



ALHAMDULILLAH,

diberi kesempatan bermuhasabah diri,

menginsafi dan memperbaiki diri,

ke arah mujahidah sejati,

mengharapkan syurga yang abadi,

penuh dengan nikmatMu yang tak terperi....



kini diri makin mengerti,

akan kehidupan di dunia,

beribadah dan beramal kepadaNya,

menuju ke jalan yang diredhai,

susur yang tidak mungkin menyesatkan,

dan tidak pula memudaratkan,

malah memberikan al-falah,

yang menjadi matlamat hidup...

InsyaAllah....

moga diri sentiasa dalam ingatanNya,

mengingati dan mengawal diri,

daripada melakukan kemungkaran...

beroleh kejayaan yang hakiki,

menyusur hidup yang penuh dengan dugaan, 

agar dijauhi kehidupan durjana,

kerana diri ini mendamba kehidupan yang sempurna,

kehidupan dalam pengawasanNya,

kehidupan dalam agamaNya...

<<<<ISLAM KEHIDUPAN YANG DIIMPI>>>>




No comments:

Post a Comment