ni hasil nukilan yang pertama...check it out!! xpercaya pon ad ble bc blik...hihi
perjalanan aku dan kawanku...
bermulanya hari baru
dalam hidup aku dan kawanku
dalam hidup aku dan kawanku
dengan bersaksikan awan membiru
aku dan kawanku bersama meredah perjalanan
menuju destinasi yang tidak pasti
kami bagaikan isi dan kuku
berjalan dengan penuh keriangan
tanpa mengendahkan mata2 yang memandang
bersuka ria bagaikan seorang kanak-kanak
ingin aku hentikan masa yang tak mungkin terhenti
agar saat itu berpanjangan
kegembiraan terpancar diwajah kami
membuatkan hidup ini satu kenikmatan
yang mungkin tak dapat dirasai lagi
walaupun aku dan kawanku
berjalan beriringan penuh mesra
namun hatiku tetap merintih
kesedihan yang dapat aku lindungi
dengan raut wajah yang ceria
namun aku lupakan segenap
kerana aku tahu kesulitan yang melanda
aku dan kawanku teruskan jua perjalanan
walaupun hanya berdua
sedang asyik berjalan
kami melihat personaliti masyarakat
pelbagai gaya pelbagai ragam
memang tidak dapat dinafikan
dunia kini bagaikan syurga manusia yang alpa
mereka tanpa segan
tanpa berasa malu akan Dia
mempamerkan nilai akhlak yang rendah
zaman ini seprti zaman jahiliah
masyarakatnya yang jahil akan segala-galanya
aku dan kawanku berdoa
moga Tuhan akan merahmati kami
menjauhkan kami daripada malapetaka
menjauhkan kami daripada melakukan kemungkaran
yang mungkin kami juga akan tempuhi
yang mungkin akan menyesatkan kami
ya Tuhan kami,
selamatkan kami di dunia ini
janganlah Kau uji kami dengan ujian yang berat
kami takut ya Allah
takut akan azabMu kelak
sebelum matahari mengundur diri
kami pulang kembali
dalam perjalanan
kami terpegun dengan keindahan alam yang mempesona
sungguh indah nikmat alam ini
tiada bandingan kuasa Tuhan dengan yang lain
kami bersyukur kerana masih mampu mengucapkan Subhanallah
tanda ingatan kami akan kekuasaanNya
yang tak melangkaui fikiran manusia
kami duduk terdampar
di rumput yang menghijau
memandang langit yang luas
alangkah indah jika manusia menghayatinya
mengambil iktibar daripada ciptaanNya
menuju destinasi yang tidak pasti
kami bagaikan isi dan kuku
berjalan dengan penuh keriangan
tanpa mengendahkan mata2 yang memandang
bersuka ria bagaikan seorang kanak-kanak
ingin aku hentikan masa yang tak mungkin terhenti
agar saat itu berpanjangan
kegembiraan terpancar diwajah kami
membuatkan hidup ini satu kenikmatan
yang mungkin tak dapat dirasai lagi
walaupun aku dan kawanku
berjalan beriringan penuh mesra
namun hatiku tetap merintih
kesedihan yang dapat aku lindungi
dengan raut wajah yang ceria
namun aku lupakan segenap
kerana aku tahu kesulitan yang melanda
aku dan kawanku teruskan jua perjalanan
walaupun hanya berdua
sedang asyik berjalan
kami melihat personaliti masyarakat
pelbagai gaya pelbagai ragam
memang tidak dapat dinafikan
dunia kini bagaikan syurga manusia yang alpa
mereka tanpa segan
tanpa berasa malu akan Dia
mempamerkan nilai akhlak yang rendah
zaman ini seprti zaman jahiliah
masyarakatnya yang jahil akan segala-galanya
aku dan kawanku berdoa
moga Tuhan akan merahmati kami
menjauhkan kami daripada malapetaka
menjauhkan kami daripada melakukan kemungkaran
yang mungkin kami juga akan tempuhi
yang mungkin akan menyesatkan kami
ya Tuhan kami,
selamatkan kami di dunia ini
janganlah Kau uji kami dengan ujian yang berat
kami takut ya Allah
takut akan azabMu kelak
sebelum matahari mengundur diri
kami pulang kembali
dalam perjalanan
kami terpegun dengan keindahan alam yang mempesona
sungguh indah nikmat alam ini
tiada bandingan kuasa Tuhan dengan yang lain
kami bersyukur kerana masih mampu mengucapkan Subhanallah
tanda ingatan kami akan kekuasaanNya
yang tak melangkaui fikiran manusia
kami duduk terdampar
di rumput yang menghijau
memandang langit yang luas
alangkah indah jika manusia menghayatinya
mengambil iktibar daripada ciptaanNya
by Suhaira Maktar on Monday, May 3, 2010 at 11:35pm
nukilan kedua.....
Yang Menyaksikan Keadilanku..
mindaku berceloteh lagi,
terlakar senyuman manja dikala aku mengingatkanmu,
ketenangan di wajahmu menjernihkan suasana,
mendamaikan kesedihan yang melanda,
memberikanku sejuta kebahagiaan yang tak kunjung tiba.
insan ini sering berduka lara,
mengubat hati yang gundah-gulana,
hadirmu menyaksikan segalanya,
merubah hidup insan nestapa.
subhanallah,
segala puji bagi Allah,
menghadiahkanku sahabat yang sebenar-benarnya,
meskipun diriku ini dihina,
keadilan dalam dirimu menjengah seketika,
memberikan nafas kepadaku yang kian terbina,
tatkala ada mata yang mengata,
tatkala ada bisikan noda yang menjelma,
dikau sahabat masih setia.
imanku semakin rapuh,
budiku semakin luntur,
kerana keadilanmu yang menyaksikannya,
dikau sahabat bangkit membetulkan aku,
yang kian jauh dari Illahnya.
alangkah indah dan damai hidupku di dunia,
pabila datang sahabat yang menegur akan diriku,
mengingatkan kebesaran yang Esa yang ada diihadapanku,
mengajarkan erti kehidupan yang sebenarnya kepadaku,
sujud kepadaNya Allah Yang Satu.
dikaulah sahabat,
dikaulah teman,
insan yang menyaksikan keadilanku,
menegur aku dikala kealpaanku,
moga menjadi margfirah buat dirimu.
walau sekelumit kemanisan iman kupinta,
kau sahabat sentiasa mengiyakan,
lantas kupohon pada yang Kuasa,
menjadikan dirimu insan berjasa,
tanda keikhlasanku yang luhur di jiwa.
hanya Yang Maha Esa,
keadilanmu dapat disaksikanNya,
terukir pada dirimu yang tidak berkuasa
menentukan segalanya,
kuharap keadilanmu terus bermaharajalela,
melengkapkan bingkisan dan cebisan hidup yang tersisa,
buat santapan dirimu di akhirat jua...
terlakar senyuman manja dikala aku mengingatkanmu,
ketenangan di wajahmu menjernihkan suasana,
mendamaikan kesedihan yang melanda,
memberikanku sejuta kebahagiaan yang tak kunjung tiba.
insan ini sering berduka lara,
mengubat hati yang gundah-gulana,
hadirmu menyaksikan segalanya,
merubah hidup insan nestapa.
subhanallah,
segala puji bagi Allah,
menghadiahkanku sahabat yang sebenar-benarnya,
meskipun diriku ini dihina,
keadilan dalam dirimu menjengah seketika,
memberikan nafas kepadaku yang kian terbina,
tatkala ada mata yang mengata,
tatkala ada bisikan noda yang menjelma,
dikau sahabat masih setia.
imanku semakin rapuh,
budiku semakin luntur,
kerana keadilanmu yang menyaksikannya,
dikau sahabat bangkit membetulkan aku,
yang kian jauh dari Illahnya.
alangkah indah dan damai hidupku di dunia,
pabila datang sahabat yang menegur akan diriku,
mengingatkan kebesaran yang Esa yang ada diihadapanku,
mengajarkan erti kehidupan yang sebenarnya kepadaku,
sujud kepadaNya Allah Yang Satu.
dikaulah sahabat,
dikaulah teman,
insan yang menyaksikan keadilanku,
menegur aku dikala kealpaanku,
moga menjadi margfirah buat dirimu.
walau sekelumit kemanisan iman kupinta,
kau sahabat sentiasa mengiyakan,
lantas kupohon pada yang Kuasa,
menjadikan dirimu insan berjasa,
tanda keikhlasanku yang luhur di jiwa.
hanya Yang Maha Esa,
keadilanmu dapat disaksikanNya,
terukir pada dirimu yang tidak berkuasa
menentukan segalanya,
kuharap keadilanmu terus bermaharajalela,
melengkapkan bingkisan dan cebisan hidup yang tersisa,
buat santapan dirimu di akhirat jua...
by Suhaira Maktar on Thursday, April 15, 2010 at 10:17am
yang ketiga....
aku adalah aku
tiada kapal yang belayar di padang pasir
tiada sempadan yang tidak memisahkan jarak
aku terkulai dalam kesepian
terumbang ambing dilambung ombak
kesesatan yang mungkin jua melabuh di benakku
kelalaian yang mungkin berpanjangan
tiada keruan air mata mengenangkan nasib diri
yang tiada arah tuju yang pasti
seringkali aku bercanda seorang diri
bermonolog sepanjang hari
memikirkan kudrat Ilahi
terhadap diriku ini
kesempitan dan kekurangan yang kualami
mengajar aku erti kesabaran
ketabahan dan keredhaan
aku pasrah dengan ketetapanNya
walaupun sepahit hempedu
tajam dan berbisa
bagaikan duri yang menghiris badanku
aku tetap menelannya
aku tetap mengharunginya
dengan berserah padaMu ya Allah
alhamdulillah...
aku kini menuju ke jalan agamaMu
bukan mudah untuk mengubah diri
bukan mudah untuk menerima kutukan dan kritikan yang tajam
tajamnya seperti pedang
bukan mudah untuk menjadi insan yg bergelar mujahidah solehah
bukan mudah menghadapi hari2 dengan pelbagai cercaan
manusia hanya tahu berkata2
lembut lidah daripada gusi
sesuka hati melafazkan kata2 yang menyakiti hati
tanpa mempedulikan diri ini
yang seringkali memendam berahi
kesabaranku ada batasnya
jiwaku meronta-ronta
menangis sepanjang hari
aku hanyalah aku
aku yang lemah
aku yang longlai
aku yang tercari2 sinar Islam
agar hidupku kemudian dalam ketenangan
kerahmatan yang abadi
hingga kini aku masih mencari
jalan yang benar jalanMu ya Illah
yang tidak akan sesat selama-lamanya
harapanku padaMu ya Allah
bagaikan mutiara yang turun dari bumi yang tidak henti-henti
agar aku menjadi insan sejati
berjiwa luhur berbudi pekerti
membahagiakan segenap hati insan yang kusayangi
aku tahu ya Allah
aku tidak mampu untuk membalas budi
walaupun kuhadiahkan segunung emas permata
tidak ternilai kasih sayang yang dicurahkan
tidak ternilai keringat yang dikerahkan
aku hanya mampu berdoa dan membahagiakan mereka
dengan kecemerlanganku dalam hidupku
dan kepatuhanku kepada mereka
hatiku semakin hiba
apabila aku merenung dan menatap wajah mereka
terlukis dimindaku
wajah insan yang tidak mungkin aku lupakan
tanpa kusedari air mata yang selama ini amat suskar untuk mengalir
menderu jatuh membasahi pipiku
aku amat merindui ibu bapaku
aku rindu akan keluargaku
aku rindu untuk mendampingi mereka
setelah sekian lama aku pendamkan
namun tidak terungkap dengan kata-kata
lantas aku mengankat tanganku
menadah pada Yang Kuasa
memohon pada Yang Esa
moga mereka aman bahagia
abadi selamanya
apabila bersama mereka
kurasakan masa berlalu begitu pantas
pantasnya seperti kilat yang memanah
seperti guruh yang kedengaran
masa begitu mencemburui aku
untuk melempiaskan kasih sayangku
untuk insan-insan yang aku rindui
hatiku pedih
menahan rindu dihati
menahan sebak pabilaku pergi lagi
meninggalkan mereka
untuk menunaikan tanggungjawab
menuntut ilmu kerana Ilahi
dengan langkahku yang hanyut dibuai kesedihan
aku pergi jua
menyahut seruan jihad Ilahi
hanya padaMu kuserahkan segalanya
moga perlindungan sentiasa merahmati
moga kesedihan dan keperitan yang kulalui
terbalas kembali...
dengarlah ya Allah...
rintihan hati hambaMu ini...
aku adalah aku
insan yang ingin merindui Ilahi
sepanjang hayatku.......
hanya padaMu kasih abadi
hanya padaMu cintaku bersemi
hanya padaMu aku bersujud
menyembah Engkau yang satu....
by Suhaira Maktar on Wednesday, April 14, 2010 at 2:52pm
tiada sempadan yang tidak memisahkan jarak
aku terkulai dalam kesepian
terumbang ambing dilambung ombak
kesesatan yang mungkin jua melabuh di benakku
kelalaian yang mungkin berpanjangan
tiada keruan air mata mengenangkan nasib diri
yang tiada arah tuju yang pasti
seringkali aku bercanda seorang diri
bermonolog sepanjang hari
memikirkan kudrat Ilahi
terhadap diriku ini
kesempitan dan kekurangan yang kualami
mengajar aku erti kesabaran
ketabahan dan keredhaan
aku pasrah dengan ketetapanNya
walaupun sepahit hempedu
tajam dan berbisa
bagaikan duri yang menghiris badanku
aku tetap menelannya
aku tetap mengharunginya
dengan berserah padaMu ya Allah
alhamdulillah...
aku kini menuju ke jalan agamaMu
bukan mudah untuk mengubah diri
bukan mudah untuk menerima kutukan dan kritikan yang tajam
tajamnya seperti pedang
bukan mudah untuk menjadi insan yg bergelar mujahidah solehah
bukan mudah menghadapi hari2 dengan pelbagai cercaan
manusia hanya tahu berkata2
lembut lidah daripada gusi
sesuka hati melafazkan kata2 yang menyakiti hati
tanpa mempedulikan diri ini
yang seringkali memendam berahi
kesabaranku ada batasnya
jiwaku meronta-ronta
menangis sepanjang hari
aku hanyalah aku
aku yang lemah
aku yang longlai
aku yang tercari2 sinar Islam
agar hidupku kemudian dalam ketenangan
kerahmatan yang abadi
hingga kini aku masih mencari
jalan yang benar jalanMu ya Illah
yang tidak akan sesat selama-lamanya
harapanku padaMu ya Allah
bagaikan mutiara yang turun dari bumi yang tidak henti-henti
agar aku menjadi insan sejati
berjiwa luhur berbudi pekerti
membahagiakan segenap hati insan yang kusayangi
aku tahu ya Allah
aku tidak mampu untuk membalas budi
walaupun kuhadiahkan segunung emas permata
tidak ternilai kasih sayang yang dicurahkan
tidak ternilai keringat yang dikerahkan
aku hanya mampu berdoa dan membahagiakan mereka
dengan kecemerlanganku dalam hidupku
dan kepatuhanku kepada mereka
hatiku semakin hiba
apabila aku merenung dan menatap wajah mereka
terlukis dimindaku
wajah insan yang tidak mungkin aku lupakan
tanpa kusedari air mata yang selama ini amat suskar untuk mengalir
menderu jatuh membasahi pipiku
aku amat merindui ibu bapaku
aku rindu akan keluargaku
aku rindu untuk mendampingi mereka
setelah sekian lama aku pendamkan
namun tidak terungkap dengan kata-kata
lantas aku mengankat tanganku
menadah pada Yang Kuasa
memohon pada Yang Esa
moga mereka aman bahagia
abadi selamanya
apabila bersama mereka
kurasakan masa berlalu begitu pantas
pantasnya seperti kilat yang memanah
seperti guruh yang kedengaran
masa begitu mencemburui aku
untuk melempiaskan kasih sayangku
untuk insan-insan yang aku rindui
hatiku pedih
menahan rindu dihati
menahan sebak pabilaku pergi lagi
meninggalkan mereka
untuk menunaikan tanggungjawab
menuntut ilmu kerana Ilahi
dengan langkahku yang hanyut dibuai kesedihan
aku pergi jua
menyahut seruan jihad Ilahi
hanya padaMu kuserahkan segalanya
moga perlindungan sentiasa merahmati
moga kesedihan dan keperitan yang kulalui
terbalas kembali...
dengarlah ya Allah...
rintihan hati hambaMu ini...
aku adalah aku
insan yang ingin merindui Ilahi
sepanjang hayatku.......
hanya padaMu kasih abadi
hanya padaMu cintaku bersemi
hanya padaMu aku bersujud
menyembah Engkau yang satu....
by Suhaira Maktar on Wednesday, April 14, 2010 at 2:52pm
cukup di sini dulu....ada sambungan lagi, tapi xlarat nak mengopy...hehe...Alhamdulillah....dikurniakan ilham olehNya...memang tidak kusangka....
No comments:
Post a Comment